Sejenak Kisah Awwal Muharram.



Pada Awwal Muharram 24 Hijri, Sayyed Umar Al-Khattab telah ditikam semasa solat di Masjid oleh Abu Lo'lo', seorang Majusi dari Iran. Kecederaannya amat serius sehingga darah mengalir tidak henti. Sayyed Umar meninggal pada hari yang sama dan telah ditanam bersebelahan Sayyed Abu Bakar Al-Siddiq. Ia adalah hari yang sedih bagi Umat Islam setelah 10 tahun beliau memerintah.

Sayyed Umar diangkat sebagai khalifah oleh Sayyed Abu Bakar dengan persetujuan dikalangan sahabat. Apabila Sayyed Umar tidak mahu menerima perlantikannya, Sayyed Abu Bakar terpaksa gertak, " Kau berani membantah Khalifah Rasulullah. Bawa pedang pada aku.". Barulah beliau terima lantikan.

Nyata penduduk Madinah takut padanya. Hari-hari yang berikutnya, kebanyakannya penduduk Madinah bersembunyi di dalam rumah kerana takutkan Umar. Namun ketakutan mereka berubah menjadi aman dan nyaman setelah beberapa hari berikutnya, bulan dan tahun. Malahan menjadi zaman paling aman dan paling sejahtera untuk Umat Islam.

Sebelum Islamnya, Sayyed Umar dikenali sebagai orang yang sangat bengis dan ditakuti oleh semua lapisan di Makkah. Setelah Islamnya, Sayyed Umar adalah di antara orang paling tawaddu' dan rendah diri. Beliau berkata, " Aku adalah orang yang bengis tapi menjadi lembut hati dengan berkat asuhan Nabi Muhammad dan Sayyed Abu Bakar".

Namun beliau tetap mendidik hatinya berterusan sehingga ke akhir hayat. Di waktu beliau nazak, anaknya memangku kepala. Sayyed Umar berkata, " Biarkan kepala ku ditanah. Biarkan kepalaku ditanah. Aku takut pada hukuman Allah.". Walhal beliau telah dijamin syurga.

Sayyed Umar, semasa hidupnya adalah Khalifah dari Rom sehingga ke Parsi dan sedang maju berkembang besar segenap arah. Namun pemakaiannya tidak pernah berubah sejak menjadi Khalifah. Beliau hanya memakai pakaian dari kain yang kasar dan bertampal-tampal tempat yang koyak sehingga berbelas tampalan.

Setiap tahun, Sayyed Umar hanya mengambil 2 pasang pakaian baru dari Baitul Mal. Sehelai untuk dipakai, dan sehelai lagi dibasuh untuk dipakai esok. Begitulah berterusan memakai yang sama sehinggalah ke tahun hadapan. Jika koyak tampal lagi. Puas sahabat-sahabat dan ahlul bait memujuknya untuk memakai pakaian lebih baik, namun Sayyed Umar enggan. Dia memperingatkan mereka bahawa Rasulullah dan Sayyed Abu Bakar juga hidup dalam zuhud dan miskin semasa memerintah.

Semasa hidup Sayyed Umar, dia dan ahli keluarganya tidak pernah menjamah lebih dari 2 hidangan. Roti cicah minyak zaitun atau roti cicah mentega. Jika beliau ingin makan daging, beliau akan tangguhkan sehingga setahun. Di zaman itu, orang miskinpun tidak larat nak makan makanan seperti Sayyed Umar. Apabila menemui delegasi kenamaan dari luar dan dalam, mereka diberi makanan yang sesuai tetapi Sayyed Umar tetap dengan makanan 2 hidangnya. Beberapa tahun sebelum beliau meninggal, Sayyed Umar berpuasa sepanjang tahun kecuali hari haram berpuasa.

Sayyed Umar melakukan Haji setiap tahun semasa pemerintahannya. Beliau tidak akan berlindung dari matahari di dalam keadaan paling panas sekalipun. Jika perlu berihat, beliau akan ikat sekeping kulit kambing pada pokok sebagai pelindung dan tidur di atas tanah. Kadang-kadang, orang akan melihatnya memikul kantung air besar dan berat yang dibuat dari kulit kambing. Apabila ditanya, " Aku menghukum nafsu ku apabila ia inginkan sesuatu yang lebih ".

Setiap malam, Sayyed Umar akan berjalan-jalan seorang diri di merata tempat di Madinah. Beliau meninjau keadaan masyarakat dan mendengar perbualan-perbualan yang langsung dari rakyat. Beliau sentiasa mencari-cari yang perlukan bantuan. Siang hari, beliau biasa melawat pasar-pasar dan menegur sesiapa yang beli daging, " Ingat pada orang miskin. Kurangkan makan daging. Ingat pada orang miskin. "

Jika beliau berceramah di masjid, yang juga dihadiri wanita, beliau akan mengistihar, " Jika aku terpesong dari jalan Rasulullah dan Sayyed Abu Bakar, tegorlah aku. ". Respon yang paling beliau suka dan menyebabkan senyuman berpuashati ialah, " Ya Umar, kalau engkau terpesong, aku akan penggal kepala engkau. ". Beliau telahpun dijamin syurga oleh Rasulullah tapi tetap takut melakukan kesilapan dan sangat suka ditegor. Satu kali seorang wanita tua menegur beliau, " Sedangkan Rasulullah kata mas kahwin dan apa saja kepunyaan wanita tidak boleh diambil sewenang-wenangnya oleh kaum lelaki, kau jangan pandai-pandai, Ya Umar. " Sayyed Umar respon, " Telah terbukti bahawa wanita ini dan tuan-tuan yang hadir adalah lebih bijak dari saya."

Sempena Awwal Muharram ini, kita berniatlah untuk berhijrah sikap. Untuk berhijrah sikap, ubatnya ialah usaha kearah bertaqwa kepada Allah. Sayyed Umar telah membuktikan kepada kita semua, beliau telah behijrah.

Jika bengis, berubahlah untuk menjadi sopan dan santun
Jika gopoh, berubahlah untuk menjadi penyabar.
Jika angkuh, berubahlah menjadi rendah diri
Jika malas, berubahlah untuk menjadi rajin
Jika lokek, berkongsilah dengan orang lain
Jika ada hasad, ubahnya menjadi ghibtah
Jika kurang pandai, tuntutlah ilmu sehingga pandai
dan seterusnya tukarlah apasaja sikap negatif kepada positif.

Semoga sahabat semua mendapat barakah dalam hidup, kefahaman dalam ilmu, dan dikurnia kebijaksanaan memilih akhlak yang terbaik sehingga akhir hayat.

Kullu Am Antum Bikhair.

sumber

Gangnam Style’ video kedua terbanyak ditonton dalam YouTube



SEOUL: Persembahan penyanyi pop sensasi Korea Selatan, Psy’s “Gangnam Style” menjadi video kedua terbanyak ditonton menerusi YouTube apabila meraih kira-kira 620 juta hit pada ketika artis rap itu terus menggegarkan persada seni antarabangsa.
Penyanyi berusia 34 tahun itu, dengan nama sebenar Park Jae-Sang mendapat sambutan hangat selepas tarian “Gangnam Style” yang lebih bersifat tempatan tiba-tiba menjadi pujaan dunia ketika muncul julung kali pada Julai lalu.
Video berkenaan merebak menerusi dalam talian dengan tarian tunggang kuda unik dan hari ini mengetepikan populariti tarian penyanyi, Jennifer Lopez dalam lagu “On the Floor” dari tempat kedua.
Bagaimanapun, “Gangnam Style” berada di belakang buah hati remaja Amerika Syarikat, Justin Bieber dengan lagu “Baby” yang sudah meraih 790 juta hit. – AFP

Rebat RM200 telefon pintar sedia dilaksana pada 1 Jan 2013


KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah bersedia melaksanakan pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, mulai 1 Januari depan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yakin program itu dapat dijalankan tanpa sebarang masalah berikutan persiapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang sangat baik. “Kementerian itu bagaimanapun sedang meneliti makna sebenar istilah ‘smartphone’ yang digunakan dan kadar harga yang melayakkan pembeli menerima rebat tunai.
“Bila itu beres, saya kira tiada hal lagi (untuk pelaksanaan pemberian rebat). Ramai yang bertanya, jadi kita nak beri ruang secukupnya supaya mereka boleh berhubung terus dengan SKMM atau kedai dan ejen yang sudah didaftar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi 2012 kementerian itu di Muzium Negara di sini, semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 di Parlimen September lalu mengumumkan pemberian rebat RM200 secara ‘one-off’ bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka. Mengulas mengenai kajian semula garis panduan proses pembelian drama daripada syarikat penerbitan tempatan terutama dalam aspek bayaran, Dr Rais berkata ia akan dijalankan mengikut harga pasaran. “Jika perlu kita buat kadar baru, Insya-Allah kita buat. Tapi pada masa ini RTM adalah pemberi bayaran tertinggi kepada drama atau telemovie. Harap stesen lain seperti Astro dan Media Prima dapat samakan kadarnya dengan RTM,” katanya.
Dr Rais berkata, objektif utama kajian semula itu adalah supaya industri kreatif negara yang membabitkan bakat mendapat pengiktirafan sewajarnya.

sumber

Mengapa Yahudi Bijak?



by: Dr stephen Carr leon

Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?

Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

KISAH YANG WAJIB ANDA BACA : HAMPIR MENGGADAI SEBUAH KEIMANAN HANYA KERANA 20 SEN



Ini adalah sebuah cerita yang boleh kita ambil sebagai tauladan. Jika tidak keberatan, jom baca.

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.

“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”

Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

“DUNIA sebagai ALAT — AKHIRAT sebagai MATLAMAT''

lihat secara 360 darjah



Alkisah seorang pakcik tua dengan anaknya 25 tahun

Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi.

Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.

Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.

Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…

Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk merasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”

Abonnya tersenyum, “Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan?”

“YA ayah,” jerit anaknya dengan riang.

Duduk tepi anak-ayah ini adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak.

“Peliklah anak pakcik ini…” bisik mereka.

Kemudian, anak pakcik itu menjerit lagi, “ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan saya… Abon tengok.”

Pakcik menjawab, “Ya memang begitu anakku” sambil tersenyum gembira.

Pasangan suami isteri itu tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan….

“Pakcik, mengapa tak bawa anak ke hospital … untuk terima rawatan…”

Pakcik tua itu menoleh dan menjawab…

“Sudah. Kami dari hospital ini nak balik kampung… Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami… Anak saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya….”

Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa….

Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Sudah tentu pernah.

Pernah tak terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan satu di depan dan satu di belakang?

Hikmahnya ialah apa yang dipandang mata manusia hanyalah sebahagian sahaja – tidak 360 darjah – Oleh itu, janganlah mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Ia hanya sebahagian sahaja.

Sebahagian lagi perlu dilihat dengan mata hati. Bukan hati yang bersangka buruk tapi hati yang bersedia bersangka baik kepada apa yang dilihat.

Jangan anggap sendiri tahu segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana mata hanya mampu melihat apa yang minda nak lihat. Minda sangka buruk, maka mata yang memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya.

Ingat sesuatu situasi ataupun pandangan mata adalah neutral. Minda yang menafsirnya baik dan buruk. Yang kita dapat lihat tidak semestinya betul, yang kita tak dapat lihat tak semestinya silap.

Senyum.


sumber asal

smiley di komen

Seronok ya main smiley di komen? Hahaha. kalau nak tahu banyak lagi smiley yang tersembunyi ok?. Boleh cuba lihat dalam gambar ini dan komen lah




atau korang copy jer code kat bawah ni

smile :-) :) :] =)
frown :-( :( :[ =(
gasp :-O :O :-o :o
grin :-D :D =D
tongue :-P :P :-p :p =P
wink ;-) ;)
curly lips :3
kiss :-* :*
grumpy >:( >:-(
glasses 8-) 8) B-) B)
sunglasses 8-| 8| B-| B|
upset >:O >:-O >:o >:-o
confused o.O O.o
shark (^^^)
pacman :v
squint -_-
angel O:) O:-)
devil 3:) 3:-)
unsure :/ :-/ :\ :-\
cry :'(