Stop 114a

Awal tahun ini, pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang telah diluluskan oleh Parlimen, secara radikal telah mengubah bagaimana pengguna atau pembekal perkhidmatan internet boleh tertakluk kepada tindakan undang-undang atau fitnah jenayah.


Secara ringkasnya, pakar undang-undang percaya bahawa pindaan kepada Seksyen 114A akan bermakna sesiapa sahaja, termasuk kerajaan, boleh memulakan tindakan undang-undang atau fitnah jenayah terhadap pengguna rangkaian sosial, pemilik lamanweb, pemilik peranti mudah alih atau pemberi perkhidmatan rangkaian WiFi berkaitan dengan kandungan yang disiarkan oleh individu lain.

Dalam lain perkataan, jika seseorang itu menyiarkan komen fitnah di blog, pemilik blog mungkin disaman atau didakwa melakukan fitnah jenayah.

Malaysiakini percaya bahawa undang-undang ini adalah tidak adil dan mudah terdedah kepada penyalahgunaan.

"Perubahan-perubahan kepada undang-undang ini adalah satu penghinaan kepada prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Kami percaya bahawa kerajaan menggunakan perubahan secara halus ini untuk menghakis kebebasan bersuara di talian.

"Malaysiakini menyeru kepada semua pengguna internet untuk bangun menentang pindaan-pindaan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.

Malaysiakini menyertai Hari Tegah Siar browser pop-up anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) untuk menghebahkan mengenai undang-undang zalim ini kepada pembaca dan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari lamanweb rasmi kempen tersebut:stop114a
Berita penuh:malaysiakini.com

0 ulasan:

Post a Comment