KISAH YANG WAJIB ANDA BACA : HAMPIR MENGGADAI SEBUAH KEIMANAN HANYA KERANA 20 SEN



Ini adalah sebuah cerita yang boleh kita ambil sebagai tauladan. Jika tidak keberatan, jom baca.

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.

“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”

Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

“DUNIA sebagai ALAT — AKHIRAT sebagai MATLAMAT''

lihat secara 360 darjah



Alkisah seorang pakcik tua dengan anaknya 25 tahun

Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi.

Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.

Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.

Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…

Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk merasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”

Abonnya tersenyum, “Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan?”

“YA ayah,” jerit anaknya dengan riang.

Duduk tepi anak-ayah ini adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak.

“Peliklah anak pakcik ini…” bisik mereka.

Kemudian, anak pakcik itu menjerit lagi, “ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan saya… Abon tengok.”

Pakcik menjawab, “Ya memang begitu anakku” sambil tersenyum gembira.

Pasangan suami isteri itu tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan….

“Pakcik, mengapa tak bawa anak ke hospital … untuk terima rawatan…”

Pakcik tua itu menoleh dan menjawab…

“Sudah. Kami dari hospital ini nak balik kampung… Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami… Anak saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya….”

Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa….

Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Sudah tentu pernah.

Pernah tak terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan satu di depan dan satu di belakang?

Hikmahnya ialah apa yang dipandang mata manusia hanyalah sebahagian sahaja – tidak 360 darjah – Oleh itu, janganlah mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Ia hanya sebahagian sahaja.

Sebahagian lagi perlu dilihat dengan mata hati. Bukan hati yang bersangka buruk tapi hati yang bersedia bersangka baik kepada apa yang dilihat.

Jangan anggap sendiri tahu segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana mata hanya mampu melihat apa yang minda nak lihat. Minda sangka buruk, maka mata yang memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya.

Ingat sesuatu situasi ataupun pandangan mata adalah neutral. Minda yang menafsirnya baik dan buruk. Yang kita dapat lihat tidak semestinya betul, yang kita tak dapat lihat tak semestinya silap.

Senyum.


sumber asal

smiley di komen

Seronok ya main smiley di komen? Hahaha. kalau nak tahu banyak lagi smiley yang tersembunyi ok?. Boleh cuba lihat dalam gambar ini dan komen lah




atau korang copy jer code kat bawah ni

smile :-) :) :] =)
frown :-( :( :[ =(
gasp :-O :O :-o :o
grin :-D :D =D
tongue :-P :P :-p :p =P
wink ;-) ;)
curly lips :3
kiss :-* :*
grumpy >:( >:-(
glasses 8-) 8) B-) B)
sunglasses 8-| 8| B-| B|
upset >:O >:-O >:o >:-o
confused o.O O.o
shark (^^^)
pacman :v
squint -_-
angel O:) O:-)
devil 3:) 3:-)
unsure :/ :-/ :\ :-\
cry :'(

Txt tattoo in yahoo chat rooms



Hey guys taking these easy steps u can get text tattoo, while using Supra.

1. Go to messenger and and Open the preference, Click on chat.
2. double click on Display client identification.
3. Clear the text and write
<font face="comic sans Ms"font size="8"> <red>U.C.C. </b
Click Ok and Enjoy, u can change Font size, Font and Font color

HOW TO USE TATOO IN YAHOO CHAT ROOM







JUST COPY CODE BEFORE TYPE IN ROOM

TV=MONITOR
<font face="webdings" size="32"><blue>¿<font face="comic sans ms" size="12"><black>

PETIR
:<font face="webdings" size="32"><blue>~<red>~<blue>~<font face="comic sans ms" size="10">:<blue>

PEDANG
<font face="webdings" size="32"><red>•<font face="comic sans ms" size="10"><black>

SPIDER=TOPENG
<font face="webdings" size="32"><red>…<font face="comic sans ms" size="10">:<black>

KURSI RODA
<font face="webdings" size="32"><red>é<font face="comic sans ms" size="10"><black>

BURUNG
<font face="webdings" size="32"><red>ÿ<font face="comic sans ms" size="10"><black>

WINDOWS
<font face="wingdings" size="32"><red>ÿ <font face="comic sans ms" size="10"><black>

LOVE
<font face="symbol" size="32"><red>©<font face="comic sans ms" size="10"><black>

KARUNG DUIT
<font face="webdings" size="32"><red>‘<font face="arial" size="10">

GOLF
<font face="webdings" size="32"><red>‰<font face="arial" size="10">

VOICE
<font face="webdings" size="32"><red>±<font face="arial" size ">

PUSA
<font face="webdings" size="32"><black>ö<font face="arial" size="10">

Bunohan' Tercalon Anugerah Oscar






Susulan filem 'Bunohan' yang telah berjaya tersenarai dalam pencalonan awal kategori Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Oscar, pelakon utamanya, Zahiril Adzim mengakui terkejut apabila dimaklumkan berita gembira ini. 
“Saya mendapat tahu pagi ini (semalam) tentang pencalonan Bunohan  dalam Oscar dan saya memang terkejut,” ujar Zahiril ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Dalam majlis anugerah ini, 'Bunohan' bakal berentap bersama 70 filem lain dari seluruh dunia sebelum senarai pendek filem yang berjaya ke peringkat akhir diumumkan secara langsung pada 10 Januari depan.
Bunohan ditayangkan di Malaysia pada 8 Mac lalu, namun hasil kutipannya kurang memberangsangkan meskipun menerima ulasan yang bagus daripada pelbagai pihak. 
“Filem ini mungkin tidak mendapat sambutan di Malaysia, memang tidak dinafikan perasaan kecewa itu ada.
“Tetapi apabila ada pihak yang menawarkan untuk membeli hak pengedaran filem ini di tempat mereka, saya fikir orang luar mahu melihat apa yang mereka tidak ada sedangkan masyarakat kita sudah terdedah dengan suasana dalam Bunohan,” tambah Zahiril lagi. 
Filem ini menggandingkan pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Pekin, Bront Palarae, Namron dan Shoffi Jikan dilihat berjaya membawa kelainan dalam genre filem Melayu di Malaysia.

sumber asal


Punca Akaun Facebook Dapat Di Hack


1. Kecuaian Pengguna

Inilah penyebab utama akaun Facebook dihack dan diakui di seluruh dunia. Apakah anda menyimpan dengan baik password Facebook anda? Apakah anda mengikuti saranan dari Facebook untuk mengkombinasikan huruf kecil dengan angka dan huruf besar? Apakah anda membuka link atau pautan halaman dari teman anda yang bahkan tidak tahu asal usul link tersebut? Apakah anda mengikuti kuiz yang ratingnya rendah atau malah tidak ada? Peluang untuk menghack akaun Facebook ada dimana-mana dan kesalahan pengguna itu sendirilah yang membuat akaun Facebook dengan mudah sahaja dihack.

2. Link web Bervirus

Maksudnya jika anda melihat teman anda meletakkan link sebuah web, jangan terus diklik! Boleh jadi itu adalah link bervirus yang disembunyikan melalui Shorter URL atau pemendek URL. Juga kemungkinan ada button “Like” bervirus pada web-web tertentu. Sebaiknya anda hanya mengklik link dan button Like dari web yang rasmi dan dipercayai. Lebih baik lagi jika anda menginstall Norton Internet Security atau AVG atau Avast kerana antivirus-antivirus ini memiliki ciri-ciri Web Scanner yang akan mengamati apakah link itu bervirus atau tidak.
3. Aplikasi Menyesatkan

Jangan terpancing dengan kuiz-kuiz Facebook yang isinya lucu tapi rating-nya rendah atau bahkan tidak ada. Jangan pula terpancing dengan Facebook Apps seperti “Ubah Tampilan Facebookmu dalam Seminit!” atau “Siapa yang membuka profail kamu?” atau “Who’s your no.1 Fan?”. Ingat, ketika kita hendak mengikuti kuiz atau Apps tersebut selalu ada peringatan dari Facebook yang mengatakan bahawa kuiz atau Apps ini akan mengambil informasi seperti profail, rakan, tarikh lahir, album gambar dan semuanya yang berhubungan kita akan dapat dibuka oleh aplikasi ini. Dari sinilah kracker dapat mencuri segudang informasi dari profail kita dan pada beberapa keadaan juga akan mencuri data akaun kita.
4. Keylogger
akaun facebook dihack
Keylogger adalah peranti yang dapat merakam petikan keyboard kita. Keylogger boleh berupa software ataupun hardware. Kalau berupa hardware, boleh dikesan dengan mudah. Lihat saja ke lubang keyboard di belakang PC, kalau ada sesuatu yang ‘terbonjol’ atau bentuknya aneh, maka itulah Keylogger berbentuk Hardware.
Kalau software, ini sukar apalagi kalau di cyber cafe yang tidak dipasang antivirus. Namun boleh anda boleh menggunakan Virtual Keyboard. Caranya klik START, All Programs, Accesories dan cari Virtual Keyboard di sana.
Keylogger boleh juga masuk dengan sendirinya kalau kita sembarangan mengklik iklan di internet. Oleh itu selalu hati-hati dan waspada dengan web-web yang anda kunjungi.
5. “Remember Password”
akaun facebook dihack
Ini adalah ciri-ciri yang selalu ada di setiap browser. Tujuannya baik, supaya pengguna tidak perlu susah-susah menaip password di web yang dituju. Tapi jangan pernah lakukan ini di cyber cafe ataupun di area hotspot!
Jika ciri-ciri ini diaktifkan di tempat-tempat awam maka dari sinilah peluang untuk menghack akaun Facebook. Untuk mematikannya, sebagai contoh di Firefox klik Tools, kemudian Options. Pilih Security kemudian hilangkan tanda check di “Remember Password For This Site” dan klik OK.
6. Cookies

Cookies adalah ‘jejak-jejak’ pelayaran pengguna di internet. Di Cookies ini juga tersimpan data-data sensitif seperti data log in web.
Hapuskanlah selalu Cookies ini setiap kali selesai menggunakan internet, sebagai contoh di Firefox klik Tools kemudian klik Clear Recent History. Pilih Everything di sudut kanan atas dan check semua kotak, kemudian klik OK.
Atau anda boleh juga mengaktifkan ciri-ciri Private Browsing dengan menekan button Ctrl + Shift + P. Private browsing ini sangat tepat dilakukan di area hostpot kerana area hotspot adalah ‘ladang’ bagi para kracker untuk mencuri data-data kita.

sumber asal

Pembeli Pertama iPhone 5

iphone5



iPhone 5 yang telah dijual di Apple Store di banyak negara. Berdasarkan zon waktu, Australia adalah negara yang paling pertama memasarkan iPhone 5.
Oleh itu, pembeli pertama iPhone 5 di Australia secara automatik juga menjadi orang pertama di dunia yang memilikinya.

Seorang pemuda bernama James Vohradsky menjadi pemilik iPhone 5 pertama di dunia. Dia tidak bersendirian menyandang gelaran tersebut kerana adiknya, Tamsyn, bersama-sama membeli gadget tersebut dengannya.
Mereka berduanya dilaporkan berbaris selama lebih dari 17 jam. Dengan muka gembira, mereka keluar dari Apple Store di wilayah George Street, Sydney.
James membeli iPhone 5 berwarna hitam, dan adiknya yang putih. Mereka terus dikerumuni wartawan. Namun mereka tidak banyak berbicara dan pergi tidak lama kemudian.
Khabarnya, mereka berdua memang peminat extreme gadget buatan Apple. Tahun lalu, mereka juga turut beratur untuk mendapatkan iPhone 4S

sumber asal

Lagu Gangnam Style pecah rekod dunia





Guinness World Of Records semalam mengumumkan artis sensasi Korea, Psy kini telah memecahkan rekod dunia dengan video muzik popular beliau “Oppa Gangnam Style”!

Video muzik ini telah dinobatkan sebagai’Video Paling Disukai’ dalam sejarah YouTube, dan Guinness World Records telah memberi penghormatan kepada pencapaian beliau dengan pengumuman tentang lagu tersebut.

‘Gangnam Style’, yang dimuat naik di YouTube sejak 15 Julai, telah mendapat ’like’ melebihi 2,141,758 kali, menjadikan ia video yang paling disukai dalam sejarah YouTube.

Pesaing terdekat bagi kebanyakan video yang disukai di YouTube termasuklah LMFAO ‘Party Rock Anthem’ (1,574,963 likes), Bieber ‘Baby’ Justin (1,327,147 likes) dan Adele ‘Rolling In The Deep’ (1,245,641 likes).

Psy (nama sebenar: Park Jae-Sang) adalah seorang penulis lagu dan penyanyi rap.

‘Oppa Gangnam Style’, single beliau yang paling berjaya setakat ini, adalah video K-Pop yang paling banyak dilihat di YouTube.

Ini juga menandakan kali pertama seorang artis Korea Selatan telah mengungguli carta iTunes.

Dan Barrett, Pengurus Komuniti Guinness World Records, memberi komen, ‘Having been the “Have you seen this?!” video dua bulan lepas di seluruh web,

Bagaimanapun, video ini atas sebab yang tidak diketahui, tidak terpapar pada carta YouTube’s ‘Most Liked Videos of All Time, meninggalkan peminat tertanya-tanya.

Ia belum jelas mengapa video ini tidak tersenarai, ramai yang percaya ia mungkin disebabkan gangguan pada sistem, atau mungkin juga usaha untuk mensabotaj penguasaan artis dari benua Asia.

sumber asal

Sindiket Jual Saluran TV Internet Haram Dibongkar






BUTTERWORTH - Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya membongkar sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam.

Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti.

"Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan Siber Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen.

"Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah premis di Padang Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Rodwan berkata susulan penangkapan itu, pihaknya menyerbu tiga lokasi lain dan menahan lima orang lagi iaitu pengedar serta juruprogram bagi sindiket terbabit.


Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar




"Hasil penahanan itu, kita menyerbu sebuah premis di tingkat enam Park View Tower di sini dan berjaya menahan lima orang termasuk dua wanita dan hasil siasatan mendapati salah seorang daripada mereka adalah pengarah urusan syarikat terbabit manakala isterinya ialah seorang guru sebuah sekolah menengah di sini.

"Siasatan juga mendapati mereka menggunakan premis di situ sebagai pusat operasi untuk menjalankan aktiviti pemberian aplikasi kandungan kepada pelanggan di seluruh Malaysia," katanya.

Mohd Rodwan berkata siasatan lanjut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen yang sah dan sindiket itu juga menjalankan aktiviti memberi perkhidmatan aplikasi kandungan tanpa kebenaran.

Katanya sindiket itu menjual aplikasi kandungan televisyen dari luar negara kepada pelangan secara tidak sah dan melanggar peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 205 Akta Komunikasi dan Mulimedia (AKM) 1998.

"Berdasarkan siasatan, sindiket terbabit telah beroperasi sejak setahun lalu dan mengaut keuntungan jutaan ringgit serta telah mengakibatkan syarikat penyiaran swasta berbayar mengalami kerugian kira-kira RM60 juta," katanya.


Mohd Rodwan berkata sindiket itu bergerak dengan menjual alat 'decoder' kepada pelanggan yang berminat dengan harga RM400 dan mengenakan caj bulanan serendah RM29.

"Menerusi MY IPTV itu, pelangan boleh menonton pelbagai program televisyen dari luar negara terutamanya dari China dan Jepun serta terdapat lima saluran pornografi. Lebih 2,000 pengguna telah melanggan sejak setahun lalu," katanya.

Beliau berkata dalam lima serbuan itu, pihaknya merampas pelbagai peralatan yang digunakan sindiket itu seperti decoder, 'server' dan komputer bernilai lebih RM400,000.

Katanya serbuan oleh 36 pegawai dan anggota polis, SKMM dan Siber Sekuriti itu merupakan kejayaan terbesar dan merupakan serbuan pertama di Malaysia.

"Daripada 12 yang ditahan, tujuh dibebaskan dengan jaminan polis manakala lima termasuk dua wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya.

Mohd Rodwan berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 239 Akta AKM 1998 iaitu pemilikan, penggunaan dan peralatan komunikasi yang tidak standard dan Seksyen 40 Akta Hak Cipta 1987 iaitu membuat atau dalam milikan bagi tujuan salinan. - Bernama






sumber asal