Susulan filem 'Bunohan' yang telah berjaya tersenarai dalam pencalonan awal kategori Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Oscar, pelakon utamanya, Zahiril Adzim mengakui terkejut apabila dimaklumkan berita gembira ini.
“Saya mendapat tahu pagi ini (semalam) tentang pencalonan Bunohan dalam Oscar dan saya memang terkejut,” ujar Zahiril ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Dalam majlis anugerah ini, 'Bunohan' bakal berentap bersama 70 filem lain dari seluruh dunia sebelum senarai pendek filem yang berjaya ke peringkat akhir diumumkan secara langsung pada 10 Januari depan.
Bunohan ditayangkan di Malaysia pada 8 Mac lalu, namun hasil kutipannya kurang memberangsangkan meskipun menerima ulasan yang bagus daripada pelbagai pihak.
“Filem ini mungkin tidak mendapat sambutan di Malaysia, memang tidak dinafikan perasaan kecewa itu ada.
“Tetapi apabila ada pihak yang menawarkan untuk membeli hak pengedaran filem ini di tempat mereka, saya fikir orang luar mahu melihat apa yang mereka tidak ada sedangkan masyarakat kita sudah terdedah dengan suasana dalam Bunohan,” tambah Zahiril lagi.
Filem ini menggandingkan pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Pekin, Bront Palarae, Namron dan Shoffi Jikan dilihat berjaya membawa kelainan dalam genre filem Melayu di Malaysia.
sumber asal
sumber asal
0 ulasan:
Post a Comment