Petua Iman Syafie Petua Iman Syafie


Petua Iman Syafie

Petua Iman Syafie

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.

TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.

TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.
TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH.....

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa
keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan
penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia
adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin
akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik
yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an'.

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang
terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan
termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan
sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam
,maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian
urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak
akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melain kan pada ketika
seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat
tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu
sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah
keagungan ciptaan Allah!!!

Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti
agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah
dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

0 ulasan:

Post a Comment