Jom ramai-ramai kita baca...kadang-kadang dengan ayat-ayat nie boleh lebih mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita....mungkin juga ada sesetengah dari kita tak menyedari dengan kewujudan makna ayat-ayat ini....bila dah jadi sesuatu atau sebaliknya baru nak menyesal dan sebagainya..marilah kita hidup secara positif bukannya amalkan cara yang negatif....^_^.....
1. Terima kasih.
Oleh
kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata
penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan
seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima
kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.
2. Saya maafkan awak.
Kita
semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat,
kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan
orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang
beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.
3. Saya sayangkan awak.
Barangkali
mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada
bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar
pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap
manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi
kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang
melalui perbuatan.
4. Saya sudah salah.
Beberapa
kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti
pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan
diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas
tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan
yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang
lebih baik.
5. Awak cantik.
Apabila
kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat
bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita
cantik.
6. Tak apa.
Apabila
kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini
membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis
dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya
untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti
akan jadi baik.
7. Saya faham.
Sudah
menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih
mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa
keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang
sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak
semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita,
tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya
mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”
8. Awak selamat.
Apabila
kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk
mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan.
Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini
adalah sebahagian daripada penawarnya.
9. Saya mengagumi awak.
Adanya
orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau
terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat
memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana
ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa
kita memberi kesan kepada yang lain.
10. Saya sokong awak.
Apabila
membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang
terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda
walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong
awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih
berani.
11. Awak boleh lakukannya.
Apabila
anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada
diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada
anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang
percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda
yang sepatutnya anda ada.
12. Awaklah orangnya.
Kata-kata
ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak
istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit
apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada
seseorang.
13. Ini semuanya untuk awak.
Kebanyakan
hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita,
tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita.
Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita
sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat
kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak
mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi
100% semuanya tentang diri anda.
14. Saya ada di sini untuk awak.
Jika
perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini.
Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang
untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan
segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya
pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.
15. Kerja yang hebat.
Tahniah.
Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak,
kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain
terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian
menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan
memberi rasa harga diri.
16. Saya rindu awak.
Kita
tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita
sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri
kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk
menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi
menanti saat untuk kita bersama lagi.
17. Awak penting.
Kita
semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain
dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain,
terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting,
adalah sangat istimewa.
18. Maafkan saya.
Apabila
hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan
dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon
kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan
yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.
sumber : pelbagai sumber di laman sesawang
18 Kata-kata Ringkas Tapi Mendalam Maknanya
13:49
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment