Nak Awet muda...xpon bak kata org putih ''baby face'' la kononnya...Jom kita baca....mesti anda tak sedar..semua makanan nie mesti anda pernah makan....dalam setiap jenis makanan ada khasiatnya..tambah-tambah dalam menjaga kecantikan...tak kisah la lelaki atau perempuan haruslah jaga ..tu kan aset kita ^_^
1. Salad
- Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian
kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan
pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah
zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki
aliran darah.
2. Tomato
- Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu makan tomato kaya
lycopene setiap hari selama tiga bulan boleh memiliki perlindungan 25 peratus
lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini
juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah
kulit daripada kendur.
3. Strawberi
- Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat
untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah
untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C
bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit.Wanita dengan
pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering
dan berkerut.
4. Epal
- Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya
melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada
berlakunya kanser kulit.
5. Soya
- Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan
meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh
itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isoflavon soya yang
dikenali dengan aglycone seperti tempe.
6.Timun
- Mengandungi Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B & C dan mineral tertentu
seperti magnesium, kalium, dan silika menjadikan timun bahagian yang
penting dalam penjagaan kulit. Topeng muka yang mengandungi jus timun
boleh digunakan untuk ketegangan kulit. Asid askorbik dan asid caffeic
dalam timun boleh menurunkan kadar takungan air yang seterusnya
mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata. Kulit timun juga boleh
memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh selaran matahari atau sunburn.
7.Bayam
- Bayam
mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin,
purin, dan vitamin (A, B, dan C). Makan bayam setiap hari boleh mengurangkan
risiko kulit menjadi berkerut dan berkedut walaupun usia semakin bertambah
8.Badam
- Mereka
yang gemar makan badam akan memiliki kulit yang lebih sihat berbanding mereka
yang tidak mengambilnya langsung. Ini kerana badam kaya dengan vitamin E yang
berfungsi sebagai anti oksida agar kulit menjadi lebih kuat dan sihat khususnya
ketika berada di bawah sinar matahari.
9.Lobak merah
- Mengandungi Beta carotene,Vitamin B dan C,Alpha Carotene,Kalsium dan Pottasium.Bagus untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit,meningkatkan pertumbuhan sel-sel baru dan membuang toxin dalam badan.
10.Teh hijau
- Mengandungi Vitamin C berperanan mengurangkan pengeluaran pigmen melanin kulit,
sekali gus membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah dan bercahaya. Ia
juga diperlukan bagi proses sintesis kolagen untuk mengurangkan kedutan
dan memperbaiki kulit.
manakala Vitamin E ialah antioksidan yang berkuasa dan mampu menghalang
radikal bebas bertindak merosakkan kulit dan keupayaannya memperbaiki
tekstur kulit turut diperkuatkan dengan kehadiran vitamin C serta Karotenoid pula ialah antioksidan yang mampu menyerap dalam lemak
dan mampu menahan serangan radikal bebas yang diaktifkan oleh selaran
ultraungu.
Sumber : pelbagai sumber dari google
Contoh-Contoh Makanan Yang Buat Kita Jadi Cantik
01:48
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment