Dwayne "The Rock" Johnson muncul sebagai wira sebenar apabila berjaya mematahkan cubaan sekumpulan remaja yang cuba mencuri peralatan mahal di set penggambaran filem The Fast and the Furious 6.
Kejadian tersebut berlaku di Hackney, East London, beberapa jam lalu di mana pada ketika itu The Rock sedang lengkap bersut uniform seorang agen FBI. Rock yang ternampak kumpulan remaja terbabit terus menyergah mereka sambil menayangkan badge polis "palsu" beliau.
Remaja yang terkejut beruk dengan sergahan tersebut tidak sempat mengambil apa-apa dan terus melarikan diri dengan tangan kosong. Seorang krew di set penggambaran tersebut berkata,
"Ianya sangat lucu. Sekarang semua krew melawak dengan berkata mereka kini tidak perlu lagi menggunakan khidmat sukuriti guard. Biar The Rock sahaja yang jaga,"
Sumber: thesun.co.uk
0 ulasan:
Post a Comment