EarPods Keluaran Apple


Dalam acara Apple yang lepas, Apple telah melancarkan juga earphones baru yang dipanggil EarPods. EarPods ini telah dibangunkan selama tiga tahun di mana Apple cuba untuk mewujudkan earphones terbaik yang sesuai dengan telinga semua pengguna. Ia juga direkabentuk untuk mempunyai prestasi bunyi yang lebih baik daripada mana-mana earphone yang pernah Apple hasilkan. Perkara pertama yang boleh didapati apabila melihat EarPods baru adalah bahawa ia mempunyai bentuk yang sangat unik didatangi bersama-sama dengan tiga lubang.
Apakah keperluan lubang-lubang in? Inilah keistimewaan yang kepada EarPods Apple. Kebanyakan earphones biasa direka untuk menutup keseluruhan telinga pengguna bagi menghasilkan kualiti bunyi yang baik. Oleh itu, ia biasanya didatangi dengan pelbagai penyumbat telinga pelbagai saiz bagi mengikut kesesuaian pelbagai bentuk lubang telinga pengguna. Ini secara tidak langsung menghasilkan keadaan vakum di dalam telinga. Keadaan vakum di dalam telinga akan menyebabkan bunyi geseran yang kuat dan bunyi nadi apabila pengguna bergerak apatah lagi ketika sedang berjogging. Begitu juga ketika pengguna menjawab panggilan, suara pengguna akan menjadi aneh kerana mereka tidak dapat mendengar suara mereka sendiri dengan pemakaian earphones tersebut.

Tiga lubang di EarPods Apple ini mengatasi masalah-masalah di atas. Dengan membolehkan pergerakan udara lebih dalam saluran telinga, kini pengguna akan dapat mendengar suara secara semulajadi kerana resonan dibenarkan bergema kepada gegendang telinga pengguna. Rekabentuknya yang boleh memuati pelbagai bentuk telinga pengguna akan menghasilkan bunyi yang lebih akustik dan sedap didengari.

EarPods akan didatangi bersama semua produk baru yang dilancarkan pada acara Apple yang lepas. Selain itu ia turut dijual secara berasingan di semua kedai-kedai Apple. 

Sumber : Oh!Geekz

0 ulasan:

Post a Comment