tips elak dari penipuan jualbeli diinternet




salam semua.. masih lagi berlaku penipuan jualbeli di internet ini.. ianya berlaku kerana pembeli telah disosial engineering oleh pihak penjual..
lain kali sila patuhi tips yg kami berikan ini..
1. sila buat research terlebih dahulu siapa si penjual..
2. dapatkan no ic setelah dia berikan no akaun banknya+++
3. dapatkan juga no telefon bimbit dan no telefon rumahnya+++
4. jgn sesekali berikan deposit kepada penjual kecuali anda telah berpuashati dengan hasil keputusan research yg anda lakukan sebelumnya..
5. jgn desperate sgt untuk dapatkan barang2 yg dijual.

yg bertanda +++ ni anda kena pandai sosial engineering si penjual.. percayalah..penjual yg jujur atau yg dah ada nama serta reputasi besar dalam dunia bisinis online mmg x teragak2 utk mereka dedahkan maklmat mereka sebab mereka xde musuh melainkan penjual2 yg ntah dari kandang babi mana ntah yg sanggup menipu dan tidak berlaku jujur..

kepada yg berangan2 nak menipu melalui bisnis online ni, percayalah, hidup anda tidak akan tenteram apatah lagi apabila perbuatan anda akan dibalas dgn berkali ganda jauh dari yg anda lakukan dan lebih dahsyat lagi anda mungkin boleh jatuh muflis..
jangan malukan diri sendiri dan keluarga anda..

ada sebarang komen? pandangan? atau nak share sesuatu? nyatakan semuanya disini ye?happy

sumber : KID-CSI-TEAM

0 ulasan:

Post a Comment