assalamualaikum :)
Mee segera merupakan mee separa masak
yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak
atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat
“popular” di kalangan orang bujang mahupun
golongan yang sedang “kekeringan” poket..
Namun begitu tahukah anda, di sebalik
kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya
kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara
berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi
kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan
perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan
terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa
individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah
kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk
yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek
pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu
mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan
pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya
sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax
yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya.
Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan
nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali
seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga
boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi,
anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan
makanan lain yang lebih berkhasiat.
136 bahan
penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh
Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan
itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di
samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera
mengandungi natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan
harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan
paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi.
Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses
pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat
Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih
daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih
daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet
2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran
Nov-Dis 2010.
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera
anda.
1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan
cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu
bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh
memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan
janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan
dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran
kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan
untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi
dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh
membawa kepada kerosakan buah pinggang.
9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan
licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang
kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak;
mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan
saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
0 ulasan:
Post a Comment