
Penjual-penjual Blackberry ni dengan mulut manis selalunya akan cadangkan kita membeli Blackberry AP set sebab mereka untung besar. Mereka akan yakinkan kita dengan membandingkan antara AP set dan Brightstar tiada beza kecuali warranty sahaja lain sambil cuba meyakinkan lagi dengan mengatakan Blackberry AP set ini adalah Blackberry baru dan harga AP set lebih murah dari Blackberry Brightstar dalam RM50-200. PERHATIAN kepada anda semua jangan sesekali terpedaya dengan cakap-cakap penjual, Blackberry AP set terlalu banyak bezanya dengan Blackberry Brightstar. Untuk pengetahuan anda semua Blackberry AP set adalah Blackberry terpakai yang dibeli dari luar negara atau dalam negara (dah macam harta Ismed Ulam Raja) dan digantikan dengan cover baru sebelum dijual semula dengan kotak, nombor siri yang sama ditampal pada kotak dan lengkap segala aksesori pada harga baru. Mungkin anda akan rasa untung kerana dapat berjimat dalam RM50-200 jika membeli AP set tapi sebenarnya anda dah rugi beribu ringgit.
2. Blackberry AP set menggunakan barangan tiruan.
Jika anda membeli Blackberry AP set segalanya adalah barangan tiruan seperti cover tiruan, qwerty keyboard tiruan, trackpad tiruan, charger tiruan, bateri tiruan, earphone tiruan dan telefon pula sudah digunakan mungkin ada beberapa kerosakan sama ada sudah dibaiki dengan komponen tiruan atau tidak dibaiki langsung. Segala barang-barang ini cepat rosak dan tak sama kualiti seperti yang original. Jika dikira setiap barangan tiruan ini anda hendak gantikan dengan membeli barangan original secara berasingan sudah pasti boleh mencecah ribuan ringgit. Puaskah hati anda jika ditipu membeli telefon terpakai yang menggunakan barang-barang tiruan dengan harga baru?
Perbezaan wayar dan print pada charger tiruan AP set (kiri) dan original Brightstar (kanan)

4. Jangan Bayar Dahulu
Semasa hendak membeli penjual selalunya meminta bayaran dahulu sebelum mereka mengambil telefon di tempat lain jadi aku nasihatkan selagi telefon tiada depan mata jangan bayar walaupun sesen kerana anda tidak dapat nak periksa untuk pastikan apakah keadaan telefon itu. Sudah bayar jangan harap nak dapat duit balik, yang anda akan dapat cuma alasan bodoh dari mereka saja. Ingat COD ok.
5. Periksa Buyer’s Remorse Untuk Pastikan Itu Blackberry Baru Yang Belum Di Gunakan Lagi
Cara-cara untuk periksa bagi OS5 pergi ke Option > Status
Cara untuk periksa bagi OS6 pergi ke Option > Device> Device & Status Information.
Dekat sini memang tak ada tunjuk data usage dan voice usage jadi sila taip BUYR dan segalanya akan terpamir. Tekan satu-satu B U Y R tak perlu tekan serentak huruf-huruf tu.

Paparan untuk OS5 telefon masih belum digunakan lagi data usage dan voice usage masih kosong

Data Usage dan Voice Usage yang sudah digunakan bermakna itu bukan telefon baru
Paparan untuk OS6
p/s: tak semua penjual penipu sebab aku dah pusing satu sungai wang dengan low yatt sebelum buat entri ni saja nak buat research, pada tinjauan aku 85% penjual mempertahankan AP set telefon baru yang belum digunakan lagi dan 15% lagi berterus terang memberitahu bahawa AP set adalah telefon terpakai yang telah diperbaharui semula (Refurbish). Peratus tu aku punya survey je so jangan kritik lebih-lebih.
sumber
0 ulasan:
Post a Comment